Syarat daftar driver Mycar
Mycar semakin berkembang sekarang ni di semakin ramai pengguna menggunakan perkhidmatan Mycar untuk bergerak dan Mycar telah menjadi saigan utama Grab di Malaysia. Driver Mycar masih belum cukup lagi dan aktiviti pendaftaran pemandu mycar masih berjalan seperti biasa untuk semua negeri di Malaysia termasuklah mycar Langkawi, mycar Sabah dan Mycar Sarawak.
Kita telah bincangkan tentang dokumen yang perlu untuk daftar Mycar, sekarang kami akan berkongsi pula tentang syarat-syarat untuk jadi pemandu Mycar sepenuh atau separuh masa ( dua - dua boleh ). Syarat untuk jadi pemandu Mycar sangatlah mudah dan anda pasti melepasi syarat-syarat Mycar ini.
Syarat daftar driver Mycar
Apa syarat untuk jadi pemandu Mycar?
1. Min tahun kereta di buat 10 tahun lepas - maksudnya jika sekarang tahun 2019, kereta yang layak ialah kereta tahun 2009 ke atas. Kereta tahun 2008 dan ke bawah sudah tidak layak untuk di jadikan kereta mycar. Boleh semak tahun kereta di buat di dalam geran kereta anda.
2. Warganegara Malaysia sahaja - yang ada ic biru dan ic tentara layak. Yang status PR / IC merah tidak layak untuk jadi pemandu Mycar
Daftar pemandu Mycar percuma online
3. Lesen memandu penuh sahaja - Lesen P tidak layak.
4. Nama anda mesti ada dalam insuran -jika nama anda tiada dalam insuran ( tengok bahagian ' authorised driver / named driver di dalam cover bote insuran ), jumpa ejen insuran untuk tambah nama driver kedua dan seterusnya. Jika ada di tulis " all driver " , anda kena sediakan surat kebenaran dan kami ada contoh untuk anda gunakan. Kami permudahkan proses daftar sebenarnya untuk anda jika anda betul-betul berminat untuk jadi pemandu mycar / mycar driver registration.